Tuesday 25 October 2011

Kumpulan Kegelapan DARKGX Yang Amat Berkuasa Kehancuran Organisasi



DARKGX
KUMPULAN KEGELAPAN DARKGX YANG AMAT BERKUASA
KEHANCURAN ORGANISASI




PENGENALAN


Perkara pertama yang ingin saya sentuh di sini adalah megenai rasa syukur saya terhadap anda semua yang bersusah payah dalam membantu mendirikan organisasi ini dengan bersatu padu bersama-sama sebagai ahli tetap dengan projek yang secara langsung digelarkan sebagai projek hitam. Bagi meneruskan lagi edegan pada dokumen ini, saya secara spontannya akan memberikan ulasan secara lebih lanjut akan maksub sebenar tentang kedudukan sebenar seseorang itu berada di dalam projek hitam ini. Beradanya saya di sini, sebagai seorang komander DARKGX yang terulung, akan mendedahkan seberapa maklumat yang lebih mendalam megenai perkara-perkara sebegini. Di dalam dokumen sulit ini, anda semua pada apa-apa cara sekalipun, akan memahami konsep-konsep saya dalam menaikkan nama DARKGX ke persada dunia itu sendiri. Sebelum itu, saya akan menyatakan secara amnya akan maksub-maksub sebenar yang terpendam di dalam istilah KHALDARKGX yang bertaraf dunia ini. Mereka adalah Berpengetahuan (Knowledgeable), Keganasan (Horrendously), Kegerunan (Abhorrence), Kemewahan (Luxuriously), Keberanian (Daredevil), Kebijaksanaan (Advisability), Pengintipan (Reconnaissance),  Penumbuk Besi (Knuckleduster), Kegemilangan (Glomonization) dan yang terakhir tetapi tiada kurangnya ialah Keluarbiasaan (EXtraordinary). Kesemua perkataan dan maksub yang tertera di atas menunjukkan sepenuh-penuh bahagian kehidupan DARKGX dan bagaimana cara-cara yang diambil dalam melakukan sesuatu perkara dengan penuh jayanya. KHAL merupakan nama peribadi saya yang dipakai di persada dunia manakala DARKGX merupakan nama rasmi bagi kumpulan saya yang secara amnya bakal mencapai tempat di persada dunia.



KONSEP-KONSEP YANG DIGUNA PAKAI OLEH DARKGX

1)      Perlindungan-perlindungan utama kepada kesemua ahli-ahli di seluruh Negara Malaysia termaksublah di serata dunia ini.
2)      Keistimewaan dan kebolehan ahli-ahli yang pakar dalam seni mempertahankan diri dan ilmu akan kebenaran dunia yang diletakkan di dalam kumpulan-kumpulan elit.
3)      Mahaguru-mahaguru di dalam bidang seni mempertahankan diri.
4)      Mahaguru-mahaguru di dalam bidang perlindungan rapat seseorang yang ternama.
5)      Mahaguru-mahaguru di dalam bidang pemprogamman peribadi.
6)      Mahaguru-mahaguru di dalam bidang sara hidup yang ekstrim.
7)      Benar-benar memahami dalam erti kata sebenar mengenai kehidupan sebagai seseorang yang bertaraf profesional.

SENJATA-SENJATA YANG DIAPTASIKAN OLEH ORGANISASI INI

1)    Senjata-Senjata Manusia.
Apakah makna sebenar akan istilah senjata manusia? Jawapannya amatlah mudah dan ringkas yakni ia memberikan makna yang menyatakan sumber-sumber semula jadi kita yang terpendam di dalam serta di luar kulit asasi kita ini. Sekiranya kita mampu memahami serta memanipulasikannya, adalah berkemungkinan besarnya kita akan memperolehi sesuatu badan yang amat berkuasa secara alaminya. Dan disebabkan oleh itulah, apa-apa perkara boleh direalisasikan melalui rancangan-rancangan dan usaha-usaha yang telah dicurahkan di dalam kehidupan kita ini.

2)    Senjata-Senjata Roh.
Ia merupakan sesuatu ilmu yang tertanam di dalam jiwa seseorang yang mempelajari serta memanipulasikan kehidupan di dunia luar selain daripada di dunia yang nyata ini. Walaupun perkara ini kelihatan ringkas pada mata seseorang namun ia dinyatakan sebagai sesuatu yang amat jahil untuk diterangkan atau dikelasikan kepada kesemua golongan manusia. Antara sebabnya adalah kerana tenaga-tenaga roh ini tidak dapat dilihat serta dirasai oleh mereka yang tiada asas di dalam jiwa kebenaran mereka itu. Di sini, saya akan menghebahkan maklumat-maklumat mengenai segala rahsianya.


3)    Pistol-Pistol Tangan yang Berkuasa.
Pistol-pistol tangan secara spontannya merupakan sesuatu senjata yang amat beribawa dan senang diguna pakai sebagai senjata perlindungan di dalam apa-apa situasi yang mengancam nyawa diri sendiri dan orang-orang yang tersayang. Segala ciri-ciri yang terpahat pada sepucuk pistol merupakan sesuatu perkara asas yang harus ada padanya dalam memastikan tembakan yang bakal dilepaskan mengenai pihak-pihak musuh tanpa mencederakan diri sendiri. Bagi seseorang yang bertaraf profesional dalam bidang mengenali musuh dan sasaran, pistol tangan merupakan sesuatu senjata yang amat berguna pada sesuatu ketika yang penting di dalam kehidupan mereka itu. Oleh yang sedemikian, ramai di antara kita yang mencuba untuk memanipulasikan senjata ini ke peringkat yang maksima di dalam dunia penembakan.


4)    Pedang-Pedang yang Berkuasa.
Pedang-pedang yang digunakan oleh ahli-ahli kumpulan DARKGX adalah secara rawak. Akan tetapi, ramai yang mengutamakan sejenis pedang yang dikeluarkan di Negara Jepun yang digelarkan sebagai `katana’ yang memberikan maksub sebagai pedang samurai. Ciri-ciri rasmi yang diiktiraf di persada dunia tentang pedang ini adalah amat besar sekali. Pedang-pedang sebegini berharga melebihi harga yang terpapar pada pedang-pedang lain. Namun ia amatlah berbaloi untuk dimiliki kerana pedang itu disalupi oleh kiasan yang menawan, kekerasan dan ketajaman yang tiada tolok bandingnya, pembuatan daripada sejenis partikel yang amat ringan menjadikannya antara pedang yang sempurna akan keagunannya. Apa yang paling pentingnya adalah ia tidak dapat dimusnahkan begitu sahaja. Senjata-senjata sebegini amatlah sesuai untuk diguna pakaikan oleh ahli-ahli organisasi ini di mana mereka sering berhadapan dengan musuh-musuh mereka di dalam pertempuran jarak dekat.

5)    Alam-Alam Semula Jadi.
Ia secara lazimnya merupakan suatu tempat yang amat menakjubkan namun kadangkala ia merupakan suatu tempat yang amat menakutkan serta menggerunkan untuk berada di dalam sesuatu situasi yang tertentu. Hal ini adalah kerana kita yakni merupakan para umat manusia amatlah jahil dalam situasi yang menglibatkan dunia luar atau lebih dikenali sebagai hutan yang jarang diterokai. Kepada sesiapa yang berada atau menjalani kehidupan asasi di bandar-bandar besar serta dipenuhi dengan kemewahan duniawi, mereka secara amnya akan jahil akan kehidupan luar yang jauh lebih aggresif. Di dalam hutan rimba adalah terletaknya sesuatu yang tidak dikenali oleh dunia sains. Sekiranya seseorang itu mempunyai nasib yang agak malang, maka kehidupan yang biasa dilaluinya mempunyai sejumlah potensi yang amat tinggi untuk ia berubah dari kehidupan yang penuh dengan keamanan kepada suatu yang diluar jangkaan atau batas permikiran seseorang atau segolongan umat manusia.

6)    Sarung Tangan yang Bereksklusif.
Sarung tangan besi merupakan sesuatu yang kita sering pakai ketika melakukan sebarang tugasan keselamatan. Mereka amatlah berguna dan selesa untuk dipakai semasa tempoh tersebut. Mereka mampu digunakan sebagai sesuatu senjata yang melindungi sesuatu serta amat berupaya dalam menghancurkan sesuatu perkara. Bentuk rekaannya amatlah munasabah sekiranya ia ditafsirkan bersama-sama dengan niat serta fungsi asalannya yang sering diguna pakai oleh golongan-golongan gangster di serata dunia ini. Di samping itu, ia terbukti secara saintifiknya mampu menambahkan lagi daya kekuatan yang lebih tinggi semasa berhadapan dengan para musuh yang mengancam keselamatan para pemakainya.
  

7)    Kereta Mewah dan Motor Berkuasa Tinggi yang tiada Tolok Bandingnya.
Kereta, seperti apa yang semua telah ketahui, ialah sesuatu yang secara semula jadinya boleh diaptasikan tanpa apa-apa bicara sebagai sesuatu yang merupakan unit pengankutan utama kita. Tanpanya, kesemua antara kita akan mengalami masalah-masalah yang amat menjengkelkan di dalam kehidupan kita. Setiap kereta yang dihasilkan di dunia ini mempunyai peranan yang tersendiri terhadap kegunaannya terhadap si pemiliknya. Sebagai contoh, berapa pantas dan kuasa yang mampu ia berikan kepada dunia apabila ia menerjam dengan kelajuan yang amat tinggi di atas jalan raya sehinggalah ia mencapai tahap batasan penciptanya yang tersendiri.
Berbandingkan sekiranya kita cuma mementingkan hanya kepada satu jenis kenderaan sahaja, seseorang itu sewenang-wenangnya boleh berharapkan juga kepada mana-mana motor yang berkuasa tinggi. Antara sebab yang utamanya adalah kerana saiznya yang lebih kecil bersama-sama dengan kuasa tunjahannya daripada hasil kebolehan enjin yang bertaraf antarabangsa. Apabila berdepan dengan seseorang yang bertaraf profesional, perjalanan yang baik sudah tentunya akan menjadi suatu keutamaan. Seperti yang sedia maklum, semakin lancar tunggangan seseorang itu, semakin baik  perjalanan seseorang itu.


DUNIA REALITI BUMI

Seperti yang sedia maklum akan kebenaran yang ringkas tetapi ia memainkan peranan yang amat bermakna ini sebagai kebenaran yang tidak dapat dipecahkan yakni bumi ini merupakan suatu tempat yang amat luas dan menarik untuk didiami oleh para umat manusia. Oleh yang sedemikian, ia amatlah penting untuk memastikan organisasi ini mampu menekan nasibnya dan bakatnya yang tersendiri untuk mencapai sesuatu yang amat bermakna di persada dunia. Hal ini adalah kerana demi mencapai kejayaan dalam pembangunan DARKGX ke peringkat antarabangsa. Motif atau sasaran sebenar bagi projek hitam ini adalah bertumpukan kepada motivasi-motivasi sebegini bagi memastikan ia mampu mencapai nama yang amat termasyur sekali.



SENARAI-SENARAI JAJAHAN KITA YANG TERSENDIRI DI SELURUH NEGARA

1)      Kelantan
2)      Kuala Lumpur
3)      Selangor
4)      Johor
5)      Negeri Sembilan
6)      Pahang
7)      Melaka
8)      Perak
9)      Perlis
10)   Kedah
11)   Pulau Pinang
12)   Sabah
13)   Sarawak



KEBENARAN DI DALAM ISTILAH JAJAHAN


Seperti apa yang telah saya nyatakan, kesemua negeri di dalam Negara Malaysia termasuk di dalam tempat yang telah dijajah oleh kami. Namun, ia amatlah tidak memberikan makna bahawasanya ia benar-benar berada di bawah naugan kami. Ia hanyalah merupakan suatu tempat di mana segelintir daripada kesemua ahli-ahli rasmi kami yang secara spontannya menjalankan kehidupan mereka secara tersendirinya. Secara semula jadinya, tiada seorangpun yang mampu memiliki seluruh bahagian di dalam mana-mana negara di dunia realiti ini. Lagipun, siapalah kita untuk melakukan sesuatu yang sedemikian rupa yang mewajipkan seseorang itu mempunyai kekuasaan yang diluar batasan manusia yang alami ini yang hidup di muka bumi ini. Jajahan membawa maksub bahawasanya sesuatu tempat di dalam negeri itu merupakan sesuatu yang didiami atau diketuai oleh golongan-golongan yang terdiri daripada ahli-ahli organisasi DARKGX di seluruh Negara Malaysia ini.



ORGANISASI DARKGX

Projek hitam ini memainkan peranan utama dalam membangunkan nama dan taraf organisasi ini ke persada dunia tanpa ada sebarang masalah yang mampu memberikan ancaman kepadanya. Di sini, kami memberikan fokus dan keutamaan dalam menguruskan program-program dengan kerjasama-kerjasama daripada organisasi-organisasi yang amat boleh dipercayai seperti organisasi gelap yang secara rasminya digelarkan sebagai `Jemah Kapak Merah’. Antara sebab yang menyokong aktiviti atau program yang sedemikian adalah kerana kita mampu memanipulasikan pengaruh-pengaruh mereka di dalam dunia gelap yang lebih dikenali sebagai fenomena gangster. Dengan mengadakan kontrak atau perjanjian dengan organisasi sebegini, maka secara spontannya mampu meningkatkan kemajuan organisasi DARKGX sehinggalah ia mencecah tahap maksima akan batasannya di persada dunia yang bertaraf antarabangsa pada tempoh-tempoh yang tertentu.


JEMAAH KAPAK MERAH

Organisasi ini secara rasminya tersenarai di dalam organisasi-organisasi utama yang bersatu-padu dengan organisasi DARKGX. Mereka secara amnya merupakan pakar di dalam pelbagai bidang seperti dunia gangster, politik, dunia gelap dan sebagainya. Namun begitu, mereka merupakan masyarakat muslim dan muslimin yang percaya dan patuh kepada satu-satunya tuhan yakni Allah S.W.T. yang berkuasa mutlak di seluruh alam ini. Selain itu, mereka merupakan seseorang yang baik hati dan boleh dipercayai secara sewenang-wenangnya di mana mereka akan membantu kesemua ribuan-ribuan ahli mereka di seluruh asia sekiranya ada yang mengalami sebarang kesusahan untuk meneruskan kehidupan di dunia realiti ini.


CLOSE PERSONAL PROTECTION (CPP)

CPP merupakan suatu syarikat yang mengendalikan pakar-pakar pengiring orang kenamaan. Mereka menyediakan empat program utama di dalam siri POK. Kempat-empat program ini disediakan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi salah seorang pengawal keselamatan yang bertaraf profesional. Dan kami mempunyai hubungan yang agak mendalam dengannya atas dasar dari segi latihan serta perkhitmatan daripada pengawal-pengawal mereka. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang rasmi di mata kerajaan Malaysia kerana ia telah berdaftar di bawah seksyen yang tertentu. Antara sebab utama tentang hubungan saya dengan syarikat ini adalah disebabkan kerana saya mahu menambahkan lagi jumlah hubungan DARKGX dengan organisasi-organisasi yang lain bagi menaikkan nama ini ke persada dunia.


TAEKWANDO

Taekwando secara rambangnya dikenali di seluruh dunia sebagai sesuatu yang amat aggresif berserta dengan jurus-jurus maut dan berbahaya dicampurkan di dalam satu seni mempertahankan diri yang wujud pada zaman moden hari ini. Apabila berdepan dengan mahaguru Taekwando, beliau mampu menumpaskan seberapa banyak musuh yang mencuba untuk mengacau kawasan atau kehidupannya dengan melakukannya tanpa belas kasihan mahupun pergerakan-pergerakan yang tidak sempurna. Mereka merupakan seseorang yang amat profesional di dalam bidang ilmu mengenai jurus-jurus mereka kerana mereka secara amnya telah berlatih, hari demi hari, bagi menyempurnakannya. Dengan bangganya untuk diperkatakan di sini, saya secara peribadinya mempunyai pelbagai hubungan di antara ahli-ahlinya dan mahaguru-mahagurunya serta ilmu-ilmu mereka kerana saya juga merupakan antara pemegang tali pinggan hitam yang tetap.


SENI SILAT

Ia merupakan satu-satunya seni mempertahankan diri yang asli di mana ia dicipta di Negara Malaysia pada ratusan tahun yang lalu sehinggalah sekarang. Ia dikenali di seluruh persada dunia terutamanya di benua Asia. Kemajuan serta peningkatan namanya ini adalah disebabkan oleh jurus-jurus mereka yang amat merbahaya di mana mereka menumpukan kekuatan fizikal dan mental serta kekuatan roh ke dalam sesuatu jurus-jurus maut mereka itu. Hal ini mungkin kedengaran sebagai sesuatu perkara yang agak mengarut kepada segelintir masyarakat yang jahil namun percaya atau tidak, itulah satu-satunya kebenaran tentang kehidupan sebenar di dalam ilmu persilatan yang boleh diterima oleh para umat manusia. Secara amnya, DARKGX mempunyai hubungan yang agak luas di antara satu sama lain terutamanya dari segi ilmu, para pelajar serta para pengajar silat itu sendiri dan mereka juga boleh dipercayai dengan sepenuh hati ini.




POSISI PARA PENGAWAL ORANG KENAMAAN

1)      Fasa 1 : Tahap Perlindungan yang Sederhana
Kaedah ini amatlah jarang digunakan pada masa sebegini kerana ia merupakan sesuatu yang tidak boleh diharapkan kerana ia hanya menggunakan seorang pengawal rapat dan dia terpaksa menumpukan 360 darjah di seliling persekitarannya.

2)      Fasa 2 : Tahap Perlindungan yang atas Sederhana
Kaedah ini menggunakan dua orang pengawal rapat di mana mereka akan memerhati 180 darjah di sekeliling mereka. Namun begitu, ia merupakan suatu kaedah yang dua kali lebih baik berbanding dengan kaedah yang tertera di atas.

3)      Fasa 3 : Tahap Perlindungan yang agak Maksima
Dengan menggunakan dan memanipulasikan ketiga-tiga orang pengawal rapat ini di sekeliling Tuan Besar, suatu tahap perlindungan yang agak maksima dapat direalisasikan kerana mereka mampu berkongsi sebanyak 120 darjah sesama mereka.

4)      Fasa 4 : Tahap Perlindungan Maksima
Selain daripada bagi setiap daripada mereka hanya mengawal keseluruhan 120 darjah di sekeliling mereka, Tuan Besar juga mampu dilindungi oleh seorang lagi pengawal rapat yang secara amnya akan ditugaskan sebagai pengawal peribadi kepada Tuan Besar itu. Sekiranya posisi ini dapat direalisasikan, jumlah risiko bagi Tuan Besar itu untuk ditimpa malang akan secara amnya berkurangan mengikut tempat dan keadaannya.

5)      Fasa 5 : Tahap Perlindungan yang Tiada Tolok Bandingnya
Satu-satunya kaedah untuk memahiri sesuatu keadaan itu adalah dengan meletakkan seberapa ramai orang untuk bersedia di dalam sesuatu perkara dengan mengawal sebanyak 90 darjah bagi setiap orang-orang itu. Manakala di dalam kes ini, empat orang pengawal rapat akan berkongsi tugasan mereka sesama sendiri berjumlah 90 darjah di sekeliling mereka itu. Oleh yang sedemikian, seorang pengawal rapat lagi akan mengawal Tuan Besar sebagai penagwal peribadi kepadanya. Kaedah ini, apa-apa cara sekalipun, akan memberikan suatu tahap perlindungan yang tiada tolok bandingnya kepada Tuan Besar dan sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku, jumlah risiko yang perlu ditanggung oleh Tuan Besar amatlah tipis nilai amnya.




NILAI SEBENAR SEORANG PENGAWAL RAPAT


Ia adalah sepenuhnya berdasarkan kepada syarikat itu sendiri dan bukannya terhadap sesuatu individu. Sebab-sebabnya adalah kerana nilai pengaruh yang dikeluarkan oleh pihak syarikat memainkan peranan yang jauh lebih besar berbanding dengan individu-individu yang tertentu. Sekiranya seseorang itu hanya bergantung kepada kekuatan fizikal semata-mata maka mereka tidak akan mampu untuk memdapatkan perlindungan sekira berlakunya kes makan dalam. Secara semula jadinya, tiada sesiapapun yang menginginkan perkara-perkara sebegitu untuk berlaku. Dan disebabkan oleh itu, syarikat akan mengambil sebahagian daripada nilai penuh yang telah dikenakan yakni ia bergantung kepada persetujuan serta perjanjian daripada ketiga-tiga pihak yang terdiri daripada syarikat DARKGX, pengawal rapat itu sendiri dan Tuan Besar.



KEISTIMEWAAN UTAMA KAMI


Seperti yang telah saya terangkan, kelima-lima organisasi itu di mana mereka merupakan suatu organisasi yang mempunyai ribuan ahli-ahli, kesemuanya  berada di dalam keadaan elit dan matang. Hal ini merupakan antara bukti yang sasih bahawasanya projek hitam saya yang dikenali sebagai Kumpulan Kegelapan DARKGX Yang Amat Berkuasa Kehancuran Organisasi ini mempunyai hubungan bertaraf antarabangsa di seluruh benua Asia terutamanya di Negara Malaysia ini. Sekira berlakunya apa-apa yang tidak diingini, sesiapa sahaja boleh bergantung kepada syarikat ini dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa ada rasa ragu-ragu di dalam hati. Nama yang mengangumkan melambangkan makna yang mendalam dan ia melambangkan kuasa yang amat besar di mana ia melambangkan pengaruh organisasi yang bertaraf antarabangsa. Pada pertengahan tahun 2015, nama `DARKGX’ akan dikenali oleh para rakyat di seluruh benua asia terutamanya di Negara Malaysia ini sendiri.



LENCANA DAN LAMBANG PROJEK HITAM


Seperti yang sedia maklum akan kepentingan lencana dan lambang ini, DARKGX juga mempunyai dua imej yang melambangkan lencana dan lambang syarikat yang rasmi. Secara semula jadinya, kedua-duanya dijual dan diberikan secara berasingan kerana mereka memegang makna kehidupan dan reputasi yang berlainan di antara satu sama lain.



HALAMAN-HALAMAN SOCIAL SAYA

2)      www.darkgx4organization.socialgo.com
10)   match.com = KhalDARKGX
11)   ovi.com = KhalDARKGX
12)   gsmarena.com = KhalDARKGX
13)   mudah.my = KhalDARKGX
14)   yahoo mail=khaldgdarknessgroup@yahoo.com
15)   google mail=khaldarkgx@gmail.com

Sesiapa sahaja yang mempuyai hubungan walaupun sedikit dengan halaman-halaman social ini adalah dibenarkan untuk melawat, menambahkan dan menyenaraikan ke dalam siaran-siaran peribadi saya ini.



KESIMPULAN TERHADAP FAIL INI

Pada pengakhiran dokumen sulit ini, saya ingin menyetuh seberapa maklumat penting mengenai satu-satunya projek hitam ini. Projek ini sudah bermula pada pertengahan 2011 di mana saya yang melambangkan komander DARKGX yang terulung tanpa henti mencuba untuk menambahkan lagi hubungan dari bahagian dalam dan luar dengan organisasi-organisasi yang tergolong di dalam lima yang teratas itu. Dengan memanipulasikan serta mengawal hubungan-hubungan bertaraf antarabangsa ini, peluang-peluang untuk DARKGX menaikkan namanya ke persada dunia akan terbuka dengan lebih luas lagi. Dan sebagaimana yang telah saya perkatakan, ia secara langsungnya tanpa ragu-ragu akan dikenali di seluruh benua Asia terutamanya di dalam Negara Malaysia yang amat disayangi ini.



DARKGX
KUMPULAN KEGELAPAN DARKGX YANG AMAT BERKUASA
KEHANCURAN ORGANISASI 

No comments:

Post a Comment